Selamat Datang Ke Dapur Ruby

Assalammualaikum semua. Selamat Datang ke Dapur Ruby. Ruby cipta blog menggunakan blogger.com sebagai blog kedua Ruby selepas www.ruby.my. Disini Ruby akan kongsikan resepi dan kadang-kadang lokasi makan best ke. Ruby nak jadikan blog ini sebagai journal memasak. Al maklumlah kadang terlupa juga dan tiada idea nak memasak. Hehe.

Selamat Datang Ke Dapur Ruby!

Impian Ruby sentiasa inginkan ruang memasak yang luas dan ada island. Korang doakan tau. Moga makbul doa kita semua. Ruby suka memasak masakan tradisional, buat kuih, buat kek, masakan barat dan panggang. InsyaAllah jika berkelapangan boleh kita buat semua tu. Hehe



Pengalaman Memasak

Ruby mula memasak seawal usia 8 tahun. Masa tu tolong mak memasak. Tapi masa 9 tahun, pertama kali Ruby masak telur goreng. Teruja sangat! Masa tu dekat rumah arwah Mak Long. Sepupu semua masak telur sendiri. Sambil diperhatikan oleh Mak Long. Kami pecah telur, masuk dalam mangkuk, masukkan sedikit minyak, panaskan minyak dan masuk telur. Bunyi telur masak tu sampai sekarang teringat. Nak terbalikkan telur pun ada skill. Hahaha. Itulah pengalaman memasak. Masa tu makan telur je keje Ruby sebab rasa bangga masak telur. Telur dengan kicap, telur dengan sos cili. perggghh. Nikmat!

Kemudian kelas memasak semasa kelas Kemahiran Hidup. Masa ni mak ajar. Ruby just bg tau nak ayam KFC dan tom yam. hahaha. Memang jenuh la nak buat. Sekarang dah pandai. Alhamdulillah. Aduii kenangan sangat. Berbeza dengan masa sekolah tu kita ni kecil aje. Rasa kuali, periuk semua besar. hahaha.

Mak Seorang Tukang Masak

Bakat suka memasak ni mungkin dari mak Ruby. Beliau sangat suka memasak. Cakap aje apa nak? Semua mak boleh buat. Nampak mudahnya memasak, dari situ ruby minat. Tapi paling ketara Ruby memasak secara sepenuh masa apabila sudah berumah tangga. Banyak resepi tanya dari mak. Lepas tu olah-olah ikut citarasa Ruby sekeluarga. Alhamdulillah mudahnya memasak. Seronok.

Nikmat Memasak

Memasak memang penat. Tapi nikmat bila melihat masakan kita dimakan dengan penuh berselera. Jadi, itu kekuatan untuk Ruby terus memasak. Sekarang ada suami dan anak-anak untuk jadi juri masakan ibu. 



"Ibu, pedas lah. Nanti kurangkan pedas tau"

"Ibu, Adam suka gulai Kurma ni. Nak kuah aje boleh?"

"Ibu, Apa tu? Fish? Sotong? Udang? "

Comel tengok telatah anak-anak.

Doakan Blog Ini Berterusan Menyumbang Ilmu

#rubycooking

Post a Comment

3 Comments

  1. all the best!! illy doakan kejayaan ruby amin :)

    ReplyDelete
  2. wahhh...terbaik Ruby..blog masakan akak dh lama sepi sbb tak terkejar..hehehe

    ReplyDelete