Kolaborasi "Bungkus of Happiness" Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi

Fuhhh sedapnya ais krim Baskin-Robbins kan. Ruby baru perasan mereka ada sediakan hamper istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri hari tu. Cuma promosi tu akan berakhir pada bulan Julai 2019. Ala sekejap je nak habis dah.

Kolaborasi "Bungkus of Happiness" Baskin-Robbins X Tom Abang Saufi

Perhatian semua pencinta pencuci mulut! Rantaian ais krim terbesar di dunia Baskin-Robbins telah mengumumkan berita yang menarik untuk musim perayaan ini – kolaborasi dengan jenama pereka tempatan terkenal Dato’ Tom Abang Saufi (TAS) !

Sambutlah musim Raya ini dengan " Bungkus of Happiness " edisi terhad keluaran 3 selendang Baskin-Robbins yang direka khas dengan menggabungkan unsur-unsur moden dengan rekaan tradisional. Kini anda boleh "bungkus" ais krim kegemaran anda dengan selendang kualiti premium TAS!



" Bungkus of Happiness " merupakan hamper istimewa yang anda boleh kongsi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. "Bungkus" yang dimaksudkan ialah selendang yang direka khas oleh Dato’ Tom Abang Saufi untuk kolaborasi dengan Baskin-Robbins; manakala "kebahagiaan" yang dimaksudkan tentunya ialah ais krim Baskin-Robbins yang lazat, penuh dengan nikmat manis dan kepuasaan dalam setiap suap.

Tiga Koleksi Selendang Dato' Tom Abang Saufi

Dato ' Tom Abang Saufi ialah pereka terkemuka dalam industri fesyen Malaysia dan terkenal dengan usaha beliau dalam mempromosikan budaya batik yang berwarna-warni. Koleksi TAS tidak segan menggunakan warna-warna cerah untuk menampilkan pertembungan fesyen moden dengan budaya tradisional, sekali gus menambahkan elemen kreatif ke dalam semua rekaannya.

Antara tiga selendang yang direka untuk Baskin-Robbins ialah selendang Ketupat, selendang Ais krim dan selendang Wafel. Semua selendang diperbuat dari kain campuran sutera berkualiti tinggi. Selendang ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah dan boleh digunakan dengan pelbagai cara, termasuklah dipakai sebagai tudung atau koleksi batik.





Edisi Terhad " Bungkus of Happiness " Hari Raya

Selendang “Bungkus of Happiness” adalah direka khas oleh Dato ' Tom Abang Saufi bersempena dengan Hari Raya yang akan datang. Selendang edisi terhad ini menggabungkan tradisi Melayu dan budaya Baskin-Robbins.

Ketupat ialah makanan tradisional Melayu dan makanan Hari Raya yang amat popular. Dato ' Tom menggunakan pelbagai warna untuk menggambarkan tenunan daun sawit. Wafel dan ais krim sememangnya tidak boleh dipisahkan! Dato ' Tom menggunakan warna popular Baskin-Robbins untuk menonjolkan unsur unsur dalam selendang Wafel manakala selendang Ais krim direka dengan motif ais krim manis-manis belaka.

"Bungkus of Happiness" mengandungi dengan 10 Junior Scoop (RM115), 8 Regular Scoop (RM125) atau 4 Pints (RM145) ais krim pilihan anda bersama dengan selendang Baskin-Robbins X TAS edisi terhad. Jangan ketinggalan peluang ini untuk membawa pulang kebahagiaan anda!

Promosi Bermula 3 Jun - 31 Julai 2019

Promosi ini bermula dari 3 Jun - 31 Julai 2019 (sementara stok masih ada). " Bungkus of Happiness " boleh didapatkan di semua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia termasuklah Baskin-Robbins Premium Outlets, Premium Outlet Johor (JPO), Genting Premium Outlet (GPO), semua cawangan di KLIA, Genting, Sabah dan Sarawak. Pelanggan juga boleh menbuat pembelian melalui Lazada. Harga yang diumumkan hanya tertakluk kepada cawangan standard sahaja. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web Baskin-Robbins di www.baskinrobbins.com.my.

Post a Comment

4 Comments

  1. kalau akak dh buat mcm mak2 dulu...bungkus periuk nasi dengan kain batik..hehehe

    ReplyDelete
  2. dhsyatla sekarang, even ais krim pun buat collab utk buat tudung

    ReplyDelete
  3. Wahhh cantiknya packaging baru ni.
    Menarik sungguh. Kalau pergi buskin robbin memang tak sah kot kalau tak beli ice cream dia. Sedap

    ReplyDelete
  4. awww the packaging is beautiful

    ReplyDelete